Kristen Stewart Lesbian?



Berikutan hubungan cintanya dengan bintang "Twilight", Robert Pattinson terkandas di tengah jalan, Kristen Stewart kini dilihat intim dengan seorang wanita.
Menurut laporan Showbizspy, satu sumber memberitahu, Stewart telah keluar dari rumahnya dan memilih untuk tinggal bersama seorang rakan wanitanya.
Walaubagaimanapun hubungan bintang filem "On The Road" itu dengan rakannya kelihatan seperti bukan sekadar rakan biasa.
"Wanita itu dilihat sentiasa meraba-raba punggung Kristen dan sesekali mereka berpelukan. Ia pastinya lebih daripada seorang rakan," ujar sumber berikut.
Hubungan pasangan "Twilight" ini dikatakan tidak mampu diselamatkan lagi selepas mereka bertengkar pada hari ulang tahun Pattinson pada 13 Mei lalu.
Pasangan ini kembali bersatu walaupun skandal kecurangan Stewart bersama pengarah "Snow White And The Huntsman", Rupert Sanders tersebar pada Julai 2012.
Kristen Stewart Lesbian? Kristen Stewart Lesbian? Reviewed by Tiny Sams on June 06, 2013 Rating: 5
Powered by Blogger.