Adam Davin Tak Tahan Di Fitnah


 Model dan pelakon baru, Adam Davin telah membuat laporan polis terhadap Raja Azmi Raja Sulaiman kerana tidak tahan difitnah selepas dia menarik diri daripada menaja filem terbaru penerbit sensasi itu berjudul "Anak Ikan".
Dipetik daripada Harian Metro, Adam memberitahu dia dan keluarganya menjadi sasaran penerbit filem "... Dalam Botol" yang bertindak memburukkan namanya dan menjatuhkan maruah keluarga melalui laman sosial dan portal hiburan.
"Bukan setakat membuat pelbagai dakwaan memalukan diri saya dan keluarga termasuk mengatakan saya seorang pencuri dan suka menipu, Raja Azmi turut menghasut pihak lain agar tidak mengambil saya sebagai pelakon.
"Tidak tahan difitnah, saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya berhubung perkara ini," ujar pelakon berusia 25 tahun ini.

Jelasnya lagi, dia bersetuju menaja filem itu bersama seorang rakan lain dan Raja Azmi telah menawarkan watak utama dalam filem tersebut yang dijadualkan menjalani penggambaran awal tahun ini.
"Bagaimanapun selepas saya sedar dan mendapati penerbit itu seorang yang bermasalah termasuk memburukkan nama saya di laman sosial, saya menarik diri daripada menjadi penaja sebelum sempat memberi wang pendahuluan tajaan bernilai RM500,000.
"Saya berharap dia tidak lagi menabur fitnah dan memburukkan diri saya. Jika dia masih tidak berhenti saya akan mengambil tindakan undang-undang."
Sementara itu, penerbit berusia 53 tahun itu dilaporkan bakal mengadakan satu sidang media di sebuah kafe di Melawati esok berhubung isu yang membabitkan dirinya dan Adam.

~~sumber~
komen sikit..
Adam Davin Tak Tahan Di Fitnah Adam Davin Tak Tahan Di Fitnah Reviewed by Tiny Sams on June 05, 2013 Rating: 5
Powered by Blogger.