SUAMI SHILA BERIMAN , MAMPU BIMBING SHILA – ND LALA






  • Share
  • Share


ND Lala menegaskan dia tidak mengongkong jodoh anaknya, Shila Amzah dan berpegang kepada empat perkara iaitu jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan ALLAH SWT.Tambah ND Lala, dia tidak letak kriteria mana-mana lelaki mahu mendekati Shila, namun berharap lelaki yang bakal jadi suami Shila beriman dan mampu bimbing Shila ke arah kebaikan.
Luahan ND Lala : Jika ditanya pada mana-mana ibu bapa beragama Islam di negara ini, mereka pastinya mahu lelaki beriman untuk anak perempuan mereka dan begitu juga saya sebagai bapa, saya mahu yang terbaik untuk anak-anak saya.Dari segi kriteria tertentu lain, saya tidak kisah sangat kerana yang akan berkahwin bukan saya, tetapi tuan empunya badan. Tapi selagi saya hidup, saya akan beri pendapat kepadanya.
Bagaimanapun, ND Lala sebelum itu, memohon maaf kerana tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu kehilangan Shila serta apa saja perkara berkaitan kontroversi membabitkan anak perempuannya itu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
SUAMI SHILA BERIMAN , MAMPU BIMBING SHILA – ND LALA SUAMI SHILA BERIMAN , MAMPU BIMBING SHILA – ND LALA Reviewed by Tiny Sams on June 24, 2013 Rating: 5
Powered by Blogger.