Seniman S Shamsuddin Meninggal Dunia


Pelakon komedi terkenal era 1950-an, seniman S Shamsuddin, 84, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya yang terletak di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura, pada jam 10.56 pagi tadi.

Nama Allahyarham sememangnya tidak asing dengan filem arahan Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok bergandingan bersama seorang lagi artis veteran terkenal iaitu Datuk Aziz Sattar.

Pemergian Allahyarham pastinya merupakan satu kehilangan yang besar pada dunia seni tanah air dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman
Seniman S Shamsuddin Meninggal Dunia Seniman S Shamsuddin Meninggal Dunia Reviewed by Tiny Sams on June 03, 2013 Rating: 5
Powered by Blogger.