Ketika kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa di rumah bersama isteri dan
seorang anak perempuan sebelum secara tiba-tiba empat lelaki bertopeng
serta bersenjatakan parang masuk ke kediamannya.
Menurut sumber, kumpulan penjenayah itu mengarahkan semua mangsa ke tingkat atas sebelum menggeledah rumah.
“Dalam keadaan kelam-kabut dan cemas itu, anggota polis berkenaan cuba
mempertahankan diri dengan mengambil pistol miliknya yang disimpan
bersama 30 peluru di atas almari, namun tindakannya itu disedari
kumpulan penjenayah terbabit.
“Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek hingga menyebabkan
pistolnya dirampas dan berang dengan tindakan mangsa itu, penjenayah
terbabit bertindak membogelkan semua mangsa,” katanya ketika dihubungi
di sini, semalam.
Sumber berkata, selain pistol milik mangsa, suspek turut merampas
beberapa barang berharga termasuk wang tunai sebelum melarikan diri
menaiki kenderaan diletakkan di kawasan berhampiran rumah mangsa.
“Suspek sempat mengambil telefon bimbit jenis Sony Xperia dan iPhone 4,
rantai emas serta jam tangan selain wang tunai kira-kira RM2,000.
“Semua suspek melarikan diri dengan kenderaan tidak dapat dipastikan jenis dan kerugian mangsa dianggarkan RM6,000,” katanya.
Difahamkan, anggota polis itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
~sumber~
SARJAN POLIS DAN KELUARGA DIBOGELKAN PEROMPAK
Reviewed by Tiny Sams
on
June 08, 2013
Rating:
Reviewed by Tiny Sams
on
June 08, 2013
Rating:
