Santa Monica (California): Seorang lelaki berpakaian serba hitam
menembak mati sekurang-kurangnya empat orang dalam satu siri tembakan
di bandar tepi pantai ini semalam sebelum polis membunuhnya di luar
perpustakaan sebuah kolej komuniti.
Polis berkata, sekurang-kurangnya lima lagi cedera dengan seorang parah dalam kejadian itu.
Lelaki itu memulakan serangan dengan membunuh bapa dan adiknya sebelum melakukan pembunuhan rambang di Santa Monica, beberapa kilometer dari acara yang dihadiri Presiden barack Obama.
Seorang saksi berkata, lelaki berkulit putih dan berusia antara 25 dan 30 tahun membawa tali pinggang penuh dengan peluru dan senapang separuh automatik.
MAYAT lelaki yang dipercayai suspek penyerang terbujur di kaki lima Kolej Santa Monica selepas ditembak mati polis.
Kejadian di Santa Monica itu tidak ada kaitan dengan kunjungan Obama.
Pembunuhan itu adalah kejadian terbaru dalam beberapa siri pembunuhan beramai-ramai berprofil tinggi sejak tahun lalu, termasuk serangan pada Disember di Connecticut yang membunuh 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa di sebuah sekolah rendah dan kejadian Julai tahun lalu di panggung wayang di pinggir Denver yang meragut 12 nyawa.
Ketua Polis Santa Monica, Jacqueline Seabrooks berkata, tembakan itu bermula di timur dekat kampus kolej sejurus sebelum tengah hari apabila polis menerima beberapa laporan mengenai rumah terbakar, rampasan kereta dan tembakan di kawasan itu.
Mayat dua orang ditemui di tempat kejadian kebakaran dan dua lagi ditemui di dua lagi lokasi antara rumah yang terbakar dan kolej, kata polis.
Tiga wanita yang ditembak, seorang ditemui dalam keretanya di luar rumah yang terbakar itu dikejarkan ke hospital. Seorang daripada mereka dikatakan tenat.
Penduduk, Janet Carter memberitahu media dia terdengar lima hingga tujuh das tembakan dari arah kediaman itu, disusuli dua lagi tembakan.
Janet berkata, dia keluar dan melihat seorang wanita ditembak di tempat duduk pemandu.
Polis berbalas-balas tembakan dengan lelaki bersenjata itu di luar kolej dan mengejarnya hingga di luar perpustakaan, tempat dia ditembak dan mati

Pembunuh gila
Reviewed by Tiny Sams
on
June 09, 2013
Rating:
Reviewed by Tiny Sams
on
June 09, 2013
Rating: