BERBICARA mengenai perkahwinan, aktres jelita, Nora Danish masih belum
bersedia untuk ke arah itu dan kini lebih fokus dalam kerjaya serta
urusan penjagaan anak tunggalnya, Putra Rayqal, 4.
“Setakat ini Nora tak pernah runsing tentang hal itu
memandangkan sebelum ini Nora pernah melalui saat-saat itu dan kini saya
lebih fokus kepada kerjaya. Insya-ALLAH bila dibukakan pintu hati dan
menerima orang baru saya tidak menolak.
“Dalam masa terdekat ini memang saya tak ada perancangan
langsung ke arah itu dan tidak menetapkan umur berapa untuk berkahwin,”
katanya kepada media.
Nora ditemui selepas majlis Pencarian Gadis Transformasi produk Fruitale
sempena pelancaran krim mandian ulung Fruitale FairWhite UV di Mydin
Kubang Kerian semalam.
Menjawab gosip mengenai kunjungannya ke Jakarta, Indonesia untuk membeli
persiapan barang-barang kahwin, menurutnya dia ke negara itu, untuk
rancangan muzikal ‘Republik Cinta’ yang dihoskan bersama penyanyi Ahmad
Dhani.
“Bila tahu Nora nak ke Jakarta, ramailah yang pesan macam-macam sebab
tahu barangan di sana murah, jadi tentang persiapan kahwin tu tak
betullah.
“Setakat ni Nora sibuk dengan aktiviti raya dan puasa dan Insya-ALLAH
filem terbaru Lagenda Budak Hotel akan keluar tidak lama lagi dan banyak
lagi filem akan menyusul. –SINAR HARIAN
Nora Danish Belum Bersedia Berumahtangga Semula
Reviewed by Tiny Sams
on
June 10, 2013
Rating: