Ditulis oleh: notakosong
Mengaibkan
dan jijik, tak sangka pernah berlaku kes sebegini di muka bumi ini. Di
Kaimantan, bukan sahaja manusia dijadikan pelacur, malah juga Orang
Utan!
Ini
sebuah kisah yang berlaku di kepulauan Borneo, atau lebih tepat lagi di
kawasan pendalaman Indonesia kerana pula Borneo itu amat luas.
Ini
kisah mengenai Pony, seekor Orang Utan betina yang dikurung dan
dijadikan pelacur dan hamba seks kepada pelanggan yang sanggup datang
dari jauh untuk melakukan perbuatan terkutuk dengan haiwan tersebut.
Pony
ditemui di sebuah ‘Perkampungan pelacur’ yang terletak di pendalaman
Borneo Indonesia, dirantai pada dinding, dan terbaring di sebuah tilam
yang penuh dengan sisa-sisa air mani manusia tidak berakal yang
bernafsukan binatang.
Pony
ditangkap, dan kemudian bulunya dicukur, setiap hari dicukur kononnya
untuk membuatkan ia lebih berselera kepada jantan tidak
berperikemanusiaan yang sanggup membayar untuk bersenggama dengannya.
Kulit
Pony yang terdedah akibat bulunya dicukur itu, mempunyai jangkitan
kulit akibat kesan gigitan nyamuk yang digaru oleh Pony sehingga
mengakibatkan kudis.
Berikut merupakan gambar sedih Pony ketika ditemui dalam tahanan, (Amaran SPOILER)
Jijik bukan! Sedih melihat keadaan haiwan itu yang diperlakukan sedemikian rupa!.
‘Pembela’
Pony itu langsung tidak mahu melepaskan Pony kerana mendakwa ianya
bertuah dan memberikan pendapatan lebih kepada mereka. Orangutan Survival Foundation mengambil masa setahun selepas memperoleh maklumat itu untuk akhirnya berjaya menyelamatkan Pony.
Dalam beberapa cubaan sebelum itu, pegawai dari Orangutan Survival Foundation dihalau dan diugut dengan pisau dan parang beracun oleh penduduk ‘Kampung Pelacuran’ itu.
Akhirnya
dengan kerjasama pegawai perhutanan tempatan dan sekumpulan 35 orang
askar upahan bersenjatakan AK-47, sahaja baru kumpulan itu berjaya
menyelamatkan Pony.
Pony kini telah dibiarkan bebas dan kini sudah akhirnya mempunyai bulu dan hidup seperti Orang Utan yang lain.
Bagi yang sanggup mengikuti lebih lanjut kisah Pony,
boleh tontoni dokumentari ini : http://www.youtube.com/watch?v=Qv8NlidN2wg#t=12m40s
boleh tontoni dokumentari ini : http://www.youtube.com/watch?v=Qv8NlidN2wg#t=12m40s
Jijik!
Memalukan! Tak tau apa lagi yang hendak diperkatakan, tak pernah
terfikir bahawa kes sedemikian boleh berlaku di Kalimantan.
~sumber cari gold~
~sumber cari gold~
Jijik! Di Kalimantan, Orang Utan dijadikan pelacur
Reviewed by Tiny Sams
on
June 08, 2013
Rating: