Rihul ahmar adalah panggilan di dalam Bahasa Arab terhadap penyakit lumpuh atau angin ahmar di dalam Bahasa Melayu dan stoke di dalam Bahasa Inggeris.
Kebiasaannya penyakit ini menyerang seseorang yang lanjut umurnya dan sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis , darah tinggi, darah pekat (polisitemia) dan sakit jantung. Menurut perubatan moden lumpuh dikaitkan dengan saluran darah dalam otak pecah atau tersumbat oleh darah beku, atau kolestrol yang menyekat darah menuju kepada sel-sel otak.
Pelbagai kaedah rawatan dianjurkan oleh perubatan moden dan pelbagai alternatif yang lain seperti urutan,kawalan pengambilan makanan, tips cara hidup yang sihat serta pelbagai ubat-ubatan untuk mengubati penyakit ini. Namun begitu, dalam perubatan islam mempunyai perspektif dan kaedah rawatannya yang tersendiri bagi menangani masalah ini.
Rawatan Penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar)
Sebelum membaca ayat al-Quran dan doa khusus (khas) yang telah diwarisi oleh ulama' terdahulu khusus untuk mengubati penyakit ini, bahan-bahan perlulah disediakan dahulu. Doa ini hendaklah dibacakan kepada kepada bahan-bahan berikut untuk dijadikan penawar untuk pesakit. Bahan-bahan yang boleh dijampi untuk dijadikan penawar :
1- Air Zam-Zam
2- Air Kolah
3- Air Hujan Malam Jumaat
4- Air Mata Air yang mempunyai mutu perubatan yang tinggi seperti "air gau"
5- Air Susu Kambing
Telah diwariskan kepada kita ulama' yang terdahulu doa yang amat mujarab bagi mengubati penyakit rihul ahmar ini.
Sejarah Doa Rihul Ahmar
Pada suatu ketika cucunda Nabi Muhammad saw telah menghidap penyakit rongga sehingga menyebabkan darah keluar daripada mulutnya. Para sahabat dan Rasullulah saw sendiri telah mendengar berita tentang penyakit yang sedang dideritai oleh Hassan as . Tiba-tiba malaikat Jibrail as datang menemui baginda Rasullulah saw memberitahu yang cucunda baginda terkena Rihul Ahmar (angin ahmar).
Baginda bertanya :
"Wahai Jibril , adakah ubat untuknya ?
"Ada!" Jawab Jibril .
Malaikat Jibril pun menghilangkan diri sebentar . Kemudian ia muncul dan berkata :
"Bahawasanya Allah swt telah mengurniakan kepada tuan satu hadiah mustajab. Barangsiapa membacanya, biarpun sekali seumur hidupnya, nescaya dia terselamat daripada Rihul Ahmar."
Baginda Rasullulah saw telah membacakan doa ini untuk Saidina Hassan as . Berkat rahmat dan dengan kehendak Allah swt Hassan ra pun sembuh ketika itu juga dan bangun dalam keadaan sihat .
Rasullulah saw bersabda kepada para sahabat agar mempelajari doa ini dan mengajarkan kepada umatnya agar doa ini dapat memberi manfaat kepada mereka , memelihara diri daripada terkena penyakit Rihul Ahmar ini.
Sejarah Rihul Ahmar ini sebenarnya lebih awal lagi daripada itu. Peristiwa kemunculan Rihul Ahmar yang hakikatnya adalah sejenis jin berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman as lagi.
Ketika semua makhluk termasuk binatang dan segala jenis jin tunduk kepada Nabi Sulaiman as , muncullah seekor jin yang bernama Rihul Ahmar yang enggan kepada Nabi Sulaiman as . Besarnya seumpama saiz sebatang pokok.
Apabila di tanya oleh Nabi Sulaiman as :
"Siapakah kamu?"
Maka dijawab olehnya ,"Saya adalah Rihul Ahmar"
Tanpa mahu tunduk hormat , kemudian ia pun terus menghilangkan dirinya kerana enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman as . Ia muncul kembali pada zaman Rasullulah saw apabila menyerang Saidina Hassan as seperti yang telah diceritakan tadi. Wallahu a'lam.
Kaedah Rawatan :
Setelah disediakan bahan yang diperlukan maka hendaklah dibaca :
1-Surah Al-Fatihah
2-Surah Al-Baqarah ayat 255 ( Ayatul Kursi )
3-Bacalah Doa Rihul Ahmar





Maksudnya:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami
memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah;
dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah;
dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut
dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya;
segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian.
Dan
Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang
menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah
yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi
mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari
Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya
Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung
dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha
Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah,
Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan
Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada
sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan
segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya
Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu
yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai
Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki
kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan
kegagahan.
Maha
Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan
bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa
mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin;
wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai
belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak
kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha
Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang
Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung
dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung
dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa
ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat
saraf.
Maha
Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya
mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha
Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang
membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan
yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri
dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang
meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada),
wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan
yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang
meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang
memohon pertolongan.
Wahai
Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan
atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang
Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan
yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha
Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan,
wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan
yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan
balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai
Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan
yang memberi perlindungan.
Wahai
yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan;
wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah
sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang
dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang
bertawakkal.
Wahai
Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam;
wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka,
wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil;
wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi
pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil,
wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua),
wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi
orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang
pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha
Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun
dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan
sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari
Pembalasan.
Ya
Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku
memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku
gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya
Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan
hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan
darah hitam.
Ya
Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit
Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala
maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan
dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas,
dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam,
dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan
barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan
bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan
orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari
sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang
datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.
Aku
berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah
pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan
lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan
Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili,
sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan
tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi
Maha Agung.
Dan
cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai
Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang
mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan
ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas
keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian
bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amiin…
4- Surah Al-Talaq ayat 1-2
5- Surah Hud ayat 119
Kemudian tiuplah
kepada air-air tersebut sehalus jarum. Niatkanlah supaya menjadi penawar
kepada si pesakit yang menghadapi penyakit angin ahmar. Berbisiklah
kepada air dan bahan-bahan tersebut akan niat kita supaya menjadi ubat
kepada pesakit juga dengan rahmat dari Allah swt.
Berilah minum
kepada pesakit . Pintalah penderita tersebut supaya membaca al-Fatihah
,ayatul kursi dan selawat sebelum meminum air jampi tersebut. Solat
hajat dan berdoalah semoga pesakit berpeluang sembuh seumpama sedia kala
supaya dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna.
Selain dari
melakukan rawatan dengan mengambil berkat teknik dan sunnah Rasullulah
saw janganlah menyisihkan teknik dan cara rawatan lain. Usahalah juga
dengan aneka perubatan lain. Selepas itu bertawakkallah kepada Allah.
Moga-moga Allah memperkenankan hajat dan menilai mujahadah serta
kegigihan kita mendepani ujian-Nya.
Petikan :
Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus
Halaman 171-179
Ustad Sharhan
Doa Angin Ahmar atau Stoke Dan Cara Rawatannya.
Reviewed by Tiny Sams
on
June 06, 2013
Rating:
Reviewed by Tiny Sams
on
June 06, 2013
Rating:

