Di usia semuda 19 tahun, pelakon Elfira Loy sudah pun mampu untuk membeli rumah sendiri.
Ternyata Elfira merupakan salah seorang artis yang bijak merencana masa
hadapannya dengan membeli aset di kala usianya masih muda belaka.
Usahanya itu boleh dijadikan contoh kepada golongan belia di luar sana
agar sentiasa kuat berusaha untuk mencapai kejayaan seperti yang diraih
oleh Elfira.
Rumah itu dibeli oleh Elfira dengan menggunakan wang hasil titik peluh
berlakon serta menjadi duta produk sejak dirinya berkecimpung dalam
bidang seni tempatan.
Apa-apa pun ‘thumbs up’ kepada Elfira kerana mampu membeli rumah dengan
menggunakan wang hasil kudrat lakonannya tanpa dikaitkan dengan
mana-mana ‘sugar daddy’ yang kerap kali dikaitkan dengan artis wanita
cantik.
Oleh: AUDREY LEE
Baru Umur 19 Tahun, Elfira Dah Mampu Beli Rumah Hasil Titik Peluh Sendiri!
Reviewed by Tiny Sams
on
June 28, 2013
Rating: