2 Perogol Menyamar Memperkenalkan Diri Sebelum Rogol


ZA1Eo

KUCHING – Polis sedang menjejaki dua lelaki yang dipercayai memperkenalkan diri mereka sebagai penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sebelum merogol seorang wanita, petang kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai berkata, kedua-dua suspek dilapor melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah kosong di Batu 7 di sini sekitar jam 5 petang kelmarin.
“Pihak polis akan menjejaki kedua-dua suspek secepat mungkin. Buat masa ini, kita masih dalam usaha mengumpul maklumat daripada mangsa yang masih lagi dalam keadaan trauma,” ujarnya ketika dihubungi untuk mengesahkan kejadian tersebut semalam.
Menurut sumber, insiden tersebut dilaporkan berlaku ketika mangsa yang berusia 17 tahun sedang menunggu untuk dijemput pulang kerja oleh suaminya di hadapan sebuah farmasi di Kota Sentosa.
Ketika itu, dua lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penguat kuasa JAIS telah mendekati mangsa dan meminta mangsa mengikuti mereka untuk disoal siasat di pejabat mereka.
Mangsa yang tidak menjangka akan berlaku perkara yang tidak diingini mengikuti kedua-dua lelaki tersebut menggunakan sebuah kereta seperti yang diarahkan.
Bagaimanapun, mangsa sebaliknya telah dibawa ke sebuah rumah kosong di belakang sebuah stesen minyak di Batu 7 dan dirogol secara bergilir-gilir oleh kedua-dua lelaki tersebut.
Selepas insiden itu, mangsa ditinggalkan seorang diri di rumah berkenaan.
Mangsa yang dalam keadaan lemah berusaha mendapatkan bantuan daripada orang awam untuk menghubungi suaminya yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.
Mangsa diiringi suaminya kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan dan pemeriksaan kesihatan

2 Perogol Menyamar Memperkenalkan Diri Sebelum Rogol 2 Perogol Menyamar Memperkenalkan Diri Sebelum Rogol Reviewed by Tiny Sams on June 28, 2013 Rating: 5
Powered by Blogger.