RM 1,000 Geran Perniagaan Online khas untuk Usahawan Wanita

gmbo
Berita baik bagi semua usahawan khususnya wanita yang ingin membina perniagaan online. Dalam Bajet 2013, kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM 50 juta, iaitu sebanyak RM 1,000 bagi setiap usahawan untuk membantu mereka dalam membina perniagaan online. Program ini dipanggil GMBO (Get Malaysian Business Online).
Tahun lepas saya terlibat dalam program ini dan saya ingin semua pembaca mengambil peluang ini untuk mendapatkan geran RM 1,000 ini.

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Paling penting mempunyai syarikat berdaftar, laman web dan nama domain yang mempunyai .my dihujungnya.

Cara Pendaftaran

Layari - http://gmbo.skmm.gov.my/Public/Daftar dan masukkan maklumat yang diperlukan.

Borang GMBO SKMM
Jika ingin maklumat lanjut, sila layari - http://gmbo.skmm.gov.my/plain/faqs.html

Bagaimana Hendak Bina Laman Web Dengan Mudah?

Terdapat beberapa cara yang mudah. Malah hanya akan ambil 2-3 jam. Anda boleh layari beberapa laman web di bawah dan terus boleh mendaftar serta membina laman web. Tidak semestinya perlu canggih atau mengandungi ciri-ciri e-niaga yang lengkap.
  1. Get My Business Online (GMBO)
  2. WordPress.com
  3. Blogger.com
  4. BigCommerce
  5. Lot.my
  6. Shopify.com

Penutup

Setelah mendaftar domain dan membina laman web, boleh terus memohon dengan SKMM untuk diberikan geran RM 1,000. Peluang begitu banyak diberikan serta geran pun disediakan. Gunakan peluang ini untuk membina perniagaan online anda. Jangan tunggu esok, lakukan sekarang.
Dalam minggu-minggu akan datang, kami akan menulis artikel yang mengandungi langkah-langkah bagaimana untuk mendaftar dan membina laman web secara terperinci. Jika memerlukan sebarang pertolongan atau soalan, masukkan komen anda dibawah.
RM 1,000 Geran Perniagaan Online khas untuk Usahawan Wanita RM 1,000 Geran Perniagaan Online khas untuk Usahawan Wanita Reviewed by Tiny Sams on May 24, 2013 Rating: 5
Powered by Blogger.