Rejim Bashar mengganas lagi kali ini dengan menyerang perkampungan Haulah dan
menyembelih 114 orang awam termasuk 55 kanak kanak! Paling tragis,
kanak kanak itu disembelih setelah tangan mereka diikat. Berikutan
kejadian kejam itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar. Menurut Harian Metro Online, penyembelihan Haulah diadakan kerana Rejim Basharberang dengan kematian pembesar mereka.
Penyembelihan Haulah: Rejim Basyar yang semakin tertekan dengan kematian
pembesar mereka 'mengamuk' Jumaat lalu dengan menyembelih penduduk
sebuah kampung, Haulah dalam bandar Homs yang mengakibatkan 114 orang
awam terkorban.
Operasi antara yang terbesar itu sejak tercetus revolusi 15 bulan lalu
hanya mengambil masa 12 jam. Paling tragis ialah ia turut menyaksikan 55
orang kanak-kanak disembelih selepas tangan mereka diikat.
Berikutan penyembelihan yang tragis itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah
pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang
tergempar.
"Tentera Syria Tidak" berjanji tidak akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian rakyat awam tersebut.
Kanak-kanak Haulah beberapa jam sebelum mereka disembelih dan dibunuh
oleh rejim Basyar dalam tragedi yang berlaku di Haulah Jumaat yang lalu.
Pada waktu paginya, kanak-kanak ini bersama-sama dengan rakyat Syria
yang lain berkumpul menyatakan protes mereka terhadap kezaliman rejim
Basyar.
Menurut sumber, jam 2 petang selepas itu, tentera rejim Basyar menyerbu
rumah-rumah di Haulah dan menyembelih kanak-kanak dan masyarakat awam
yang tidak berdosa.
Sekarang, wajah-wajah ini telah menjadi penghuni nun syurga di sana yang kekal abadi. Al-Fatihah.
Kanak-Kanak Di Sembelih Tentera Basyar al Assad Di Syria
Reviewed by Tiny Sams
on
May 29, 2013
Rating: