Isteri kepada seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 35 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah koma dua hari. Beliau koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima.
Isteri malang itu koma sejak itu dan dimasukkan ke Hospital Manjung sebelum meninggal.
Mangsa dilaporkan kritikal disebabkan lif putus dari tingkat 5 ketika sedang bergerak ke tempat kerja pukul 3 petang (hari Khamis)
Badan semua Bleeding. Koma.
Tulang rusuk dan tangan patah kerana mangsa jatuh terduduk.
Otak mangsa pula tidak berfungsi.
Hantar hospital Manjung tetapi tiada pakar. Akhirnya kena tahan ICU selama 12 jam.
Takziah kepada keluarga Mangsa.Bila jadi begini, siapa yang nak dipersalahkan? Ajal maut ditangan Tuhan cumanya kecuaian pihak penyelenggaraan melakukan pemeriksaan sepatutnya amatlah mengecewakan sehinggakan lif boleh putus. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, mungkin lebih banyak nyawa yang akan terkorban kerana lif.
Isteri kakitangan TLDM
Reviewed by Tiny Sams
on
May 29, 2013
Rating: