Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat2.Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah langsir tingkap.Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku
pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku
akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung.
Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la
ahli keluarga aku yang lain2.Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku
nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja,
terdengar bunyi kereta masuk garaj.
Aku jenguk melalui tingkap dan nampak
bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???Dalam masa yang
sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan
aku pakai tudung.Now or never!Bila bapa aku buka pintu, aku bersalam
dengannya dan tanpa lengahkan masa,aku kata,”Daddy, cheq nak pakai
tudung. Cheq nak!”Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api
keluar! Pang… Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di
celah set sofa.
“Aduh….sampai hati daddy! Cheq tau la
daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup
aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak…Pang ! Daddy labuh pelempang ke
muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
“Hang jangan nak bagi aku malu naa! Hang
jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali
aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI
TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh
“Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni
semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki
jugak!”.
Aku yang tersepuk celah sofa, terus
menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung
pun tak dapat jugak. SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKU! OOOOO tidak !
Ditampar Bapa Sendiri Hanya Kerana Ingin Memakai Tudung
Reviewed by Tiny Sams
on
May 26, 2013
Rating: