Baru-baru ini seorang teman telah berkunjung ke kota London bagi menghadiri pertunjukan fesyen di sana. Meriah sungguh bila mendengar cerita pengalamannya di sana. Siap dapat jumpa pereka fesyen Paul Smith lagi. Tapi apa yang membuatkan teman terkejut bukan kepalang apabila dia berkongsi cerita mengenai penyanyi popular Shayne Ward.
Mana tidaknya, penyanyi yang lahir daripada program bakat The X Factor itu telah tampil dengan berani bersama beberapa aksi bogel untuk sebuah majalah di United Kingdom (UK).
Bukan sekadar untuk halaman dalam majalah berkenaan, tetapi tubuh maskulin dan wajahnya yang komersial telah membuatkan pihak majalah itu telah meletakkan Shayne Ward untuk menghiasi muka hadapan.
Apakan daya, Teman tidak dapat berkongsi lebih jelas atau sepenuhnya dengan pembaca untuk melihat foto tubuh Shyane Ward yang boleh disifatkan sebagai eksplotasi bagi daya penarik untuk majalah berkenaan.
Sebenarnya teman tidak hairan sangat apabila penyanyi antarabangsa seperti Shayne Ward bergambar aksi bogel. Kerana sebelum ini pun sudah ramai selebriti, sama ada lelaki mahupun wanita yang berbuat demikian.
Mungkin itu sudah menjadi kemestian atau tradisi industri di luar negara.
Malah ada yang menggunakannya sebagai strategi untuk menaikan semula nama mereka di dalam industri atau mungkin sebagai langkah bagi mempromosikan lagu, album mahupun filem terbaru.
Tapi apa yang membuatkan teman kesal, adakah ini satu-satunya cara Shayne Ward untuk membuatkan dirinya diingati? Ataupun mungkin kerana namanya sebagai penyanyi lelaki di UK sudah hampir tenggelam?
Padahal ada banyak cara lagi yang boleh Shayne Ward gunakan untuk terus popular. Bukan dengan publisiti murahan seperti ini.
Kerana setahu teman, nama Shyane Ward semakin suram dan semakin dilupakan di rantau ini. Tapi mana tahu dengan cara ini namanya akan boom semula. Kita tunggu saja.
Murai Batu: Shayne Ward dan Ronan Keating datang dari negara yang sama dan turut miliki tatu di lengan.
Aksi Bogel Berani Mati Shayne Ward Di Majalah
Reviewed by Tiny Sams
on
May 23, 2013
Rating: